Sarawak Jumpa Finalis Musim Lalu

FOTO © MFL


 Challenge Cup : Skuad Sarawak FA berjaya menempah tiket ke Separuh Akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A setelah mengumpul 4 mata di belakang pasukan JDT II yang muncul juara kumpulan. Keputusan seri pada perlawanan terakhir menyaksikan Sarawak berjaya memintas Kelantan yang berada di kedudukan kedua sebelum ini. Kemaraan ke Separuh Akhir ini berjaya memperbaiki rekod musim lalu dimana Sarawak sekadar terkandas di peringkat kumpulan.

Di Separuh Akhir nanti Skuad Bujang Senang akan berdepan finalis Challenge Cup musim lalu UKM FC yang muncul juara Kumpulan B dengan mengutip 12 mata.

Pengendali sementara Sarawak, Mohamad Denny Da’ail memuji karektor ditampilkan oleh pemain-pemainnya selepas berjaya mengikat JDT II tanpa jaringan pada perlawanan di laman sendiri.
Menurutnya, semua pemain berjaya mengikut taktik yang telah dirancangkan dalam mengekang asakan bertali arus barisan pemain JDT II sehingga ke wisel penamat.

 “Pemain-pemain kita (Sarawak) semakin memiliki keyakinan diri walaupun bermain dengan pasukan yang berpengalaman. Mereka tahu kehendak jurulatih serta berani 'memegang' bola dan tahu taktikal apabila masa untuk mengawal dan menyerang,” jelasnya.

Saingan peringkat separuh akhir dijadualkan bermula pada 20 September ini dan diadakan secara timbal balik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Punca Razali Dolhan Didakwa Di Mahkamah