Pemain Pamer Aksi Membanggakan - Denny
Pemain Pamer Aksi Membanggakan - Denny
Foto © Official Sarawak FA |
Sarawak memulakan kempen Piala Cabaran 2019 dengan langkah kiri apabila tewas (3-1) pada aksi pembukaan Kumpulan A menentang Johor Darul Ta’azim (JDT II) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.
Sungguhpun begitu pengendali sementara Sarawak, Denny Da'ail tetap berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak-anak buahnya. “Saya tetap berpuas hati dengan prestasi semua pemain terutamanya pemain-pemain tempatan yang menunjukkan persembahan membanggakan,”.
Jelas Denny lagi saingan Piala Cabaran 2019 ini lebih kepada landasan untuk anak-anak buahnya mempersiapkan diri (skuad Sarawak) bagi menghadapi aksi ‘play-off’. Selain itu ia juga menjadi medan untuk menilai pemain yang akan dikekalkan dalam Skuad Sarawak musim depan.
Sarawak akan meneruskan aksi Piala Cabaran menentang Kelantan pada 20 Ogos
di Kuching.
Ulasan
Catat Ulasan