Catatan

Sarawak United Kembali, Ikat Perak II

Imej
                     Foto  : PERAK TBG      Saingan Liga Malaysia kembali selepas berehat panjang akibat pandemik Covid-19. Skuad Sarawak United kendalian E.Elavarasan kembali beraksi dengan menyambung semula aksi Liga Premier menentang Perak II di Manjung malam semalam. Tanpa persediaan yang rapi tanpa sebarang perlawanan kompetitif selepas lebih kurang 5 bulan, ia bukan alasan untuk Sarawak United tidak menampilkan aksi yang baik. Berkunjung di tempat lawan bukanlah satu tugas mudah dikala pasukan lawan ingin mencari kemenangan pertama mereka dalam Saingan Liga. Perlawanan berlangsung sengit dimana kedua pasukan antara Perak II dan Sarawak United tampil menyerang walau berlangsung tanpa kehadiran penonton. Sebaik sahaja wisel sepak mula dibunyikan kedua dua pasukan saling mengasak kubu pasukan masing-masing. Seawal minit ke-7 perlawanan, tuan rumah tersentak apabila Sarawak United berjaya mendahului menerusi se...

Sarawak FA Perlu Kembali Ke Liga Super

Imej
Tamatlah sudah perjuangan pasukan Sarawak FA untuk musim 2019. Musim yang penuh berliku dimana prestasi Sarawak tidak menentu dan berada di kedudukan bawahan Liga Perdana. Pasukan yang pernah menempa nama dalam sejarah bolasepak Malaysia kini seakan-akan hilang dari radar. Apa yang perlu dilakukan? " Adalah satu kerugian Sarawak tidak beraksi dalam saingan Liga Super yang semakin kompetitif dan sengit. Kali terakhir Sarawak bersaing dalam kancah tertinggi bolasepak Malaysia itu adalah pada tahun 2017 sebelum tersingkir ke Liga Perdana sehingga kini. Negeri sebesar Sarawak yang mempunyai bilangan penyokong yang ramai ini tidak sepatutnya berada di Liga Perdana. Namun kenyataannya harus diterima kerana pasukan Sarawak FA tidak semewah pasukan lain dimana masalah kewangan sering ditimbulkan dan menjadi antara punca kemerosotan prestasi pasukan. Sarawak FA akan beraksi dalam perlawanan PlayOff untuk kekal ataupun tersingkir dari saingan Liga Perdana. Lawan yang hampir pasti d...

Sarawak Jumpa Finalis Musim Lalu

Imej
FOTO © MFL  Challenge Cup : Skuad Sarawak FA berjaya menempah tiket ke Separuh Akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A setelah mengumpul 4 mata di belakang pasukan JDT II yang muncul juara kumpulan. Keputusan seri pada perlawanan terakhir menyaksikan Sarawak berjaya memintas Kelantan yang berada di kedudukan kedua sebelum ini. Kemaraan ke Separuh Akhir ini berjaya memperbaiki rekod musim lalu dimana Sarawak sekadar terkandas di peringkat kumpulan. Di Separuh Akhir nanti Skuad Bujang Senang akan berdepan finalis Challenge Cup musim lalu UKM FC yang muncul juara Kumpulan B dengan mengutip 12 mata. Pengendali sementara Sarawak, Mohamad Denny Da’ail memuji karektor ditampilkan oleh pemain-pemainnya selepas berjaya mengikat JDT II tanpa jaringan pada perlawanan di laman sendiri. Menurutnya, semua pemain berjaya mengikut taktik yang telah dirancangkan dalam mengekang asakan bertali arus barisan pemain JDT II sehingga ke wisel penamat.  “Pemain-pemain kita (Sarawak) ...

Mentaliti Pemain Muda Kuat

           SYUKUR DAN LEGA - Denny “Syukur, kita berjaya mencatat kemenangan untuk membuka semula peluang beraksi di separuh akhir saingan Piala Cabaran. “Saya cukup gembira dengan peningkatan ditunjukkan pemain muda dalam memahami taktikal, mengaplikasi permainan dan menunjukkan mentaliti yang kuat untuk mendapatkan kemenangan walau beraksi di laman lawan,” katanya.  Meskipun menang, Sarawak masih menghuni tangga ketiga Kumpulan A, namun berkongsi tiga mata dengan Kelantan. Sarawak akan menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Johor Darul Ta’zim II pada 12 September di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Pemain Pamer Aksi Membanggakan - Denny

Imej
Pemain Pamer Aksi Membanggakan - Denny Foto © Official Sarawak FA Sarawak memulakan kempen Piala Cabaran 2019 dengan langkah kiri apabila tewas (3-1) pada aksi pembukaan Kumpulan A menentang Johor Darul Ta’azim (JDT II) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor. Sungguhpun begitu pengendali sementara Sarawak, Denny Da'ail tetap berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak-anak buahnya. “Saya tetap berpuas hati dengan prestasi semua pemain terutamanya pemain-pemain tempatan yang menunjukkan persembahan membanggakan,”. Jelas Denny lagi saingan Piala Cabaran 2019 ini lebih kepada landasan untuk anak-anak buahnya mempersiapkan diri (skuad Sarawak) bagi menghadapi aksi ‘play-off’. Selain itu ia juga menjadi medan untuk menilai pemain yang akan dikekalkan dalam Skuad Sarawak musim depan. Sarawak akan meneruskan aksi Piala Cabaran menentang Kelantan pada 20 Ogos di Kuching. 

'Challlenge Cup' medan persediaan sebelum aksi Play-Off

Imej
'Challlenge Cup' medan persediaan sebelum aksi Play-Off Saingan Piala Cabaran akan membuka tirai pada 5 ogos ini dan Sarawak diletakkan dalam kumpulan A bersama Kelantan dan juga JDT II. Seperti yang sedia maklum Piala Cabaran adalah melibatkan pasukan yang tidak layak beraksi di Piala Malaysia. Sarawak gagal ke saingan Piala Malaysia selepas menghuni tangga tercorot Liga Premier musim ini. Bagi kem Sarawak, saingan Piala Cabaran ini merupakan medan terbaik sebagai persediaan menghadapi perlawanan PlayOff untuk menentukan nasib sama ada tersingkir ke Liga M3 ataupun kekal di Liga Premier. Pasukan Sarawak yang berada di kedudukan tercorot Liga Premier terpaksa mengharungi aksi Play-off menentang naib juara Liga M3 dan Sarawak harus menang jika tidak mahu terjerumus ke Liga Amatur M3. Pengendali Skuad Sarawak perlu menggunakan perlawanan dalam Piala Cabaran ini untuk memilih barisan terbaik sebelum turun dalam perlawanan Play-Off nanti. Selain itu, para pemain Sara...

Punca Razali Dolhan Didakwa Di Mahkamah

Imej
Punca Razali Dolhan Didakwa Di Mahkamah Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Razali Dolhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuching semalam atas tiga pertuduhan penyelewengan dana FAS berjumlah RM191,298.70 yang dilakukannya pada 2017. Berikut merupakan tiga pertuduhan yang diterima oleh Razali : i) Melakukan pecah amanah berjumlah RM139,920 milik persatuan berkenaan pada 4 Februari 2017 di Stadium Negeri Sarawak, Jalan Stadium, Petra Jaya. ii) Didakwa pecah amanah wang berjumlah RM21,378.70 di Lea Sport Centre Wisma Hopoh pada 13 Februari 2017. iii) Beliau didakwa melakukan pecah amanah RM30,000 juga di Stadium Negeri pada 18 Januari 2017. Beliau didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.