Pemain Pamer Aksi Membanggakan - Denny
Pemain Pamer Aksi Membanggakan - Denny Foto © Official Sarawak FA Sarawak memulakan kempen Piala Cabaran 2019 dengan langkah kiri apabila tewas (3-1) pada aksi pembukaan Kumpulan A menentang Johor Darul Ta’azim (JDT II) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor. Sungguhpun begitu pengendali sementara Sarawak, Denny Da'ail tetap berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak-anak buahnya. “Saya tetap berpuas hati dengan prestasi semua pemain terutamanya pemain-pemain tempatan yang menunjukkan persembahan membanggakan,”. Jelas Denny lagi saingan Piala Cabaran 2019 ini lebih kepada landasan untuk anak-anak buahnya mempersiapkan diri (skuad Sarawak) bagi menghadapi aksi ‘play-off’. Selain itu ia juga menjadi medan untuk menilai pemain yang akan dikekalkan dalam Skuad Sarawak musim depan. Sarawak akan meneruskan aksi Piala Cabaran menentang Kelantan pada 20 Ogos di Kuching.